Assalaamu^alaykum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar baru yang mendaftar di bawah Program Diploma Medical Imaging. Selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti. Namun jangan dilupa matlamat asal kamu sepanjang bergelar pelajar di UNISEL ketika berjauhan dari keluarga.
Saya Puan Yati merupakan Ketua Program Diploma Pengimejan Perubatan (Medical Imaging). Sebarang masalah berkaitan dengan program ini pelajar-pelajar boleh lah datang bertemu dengan saya. Saya akan up-date blog ini dari masa ke semasa. Oleh itu pastikan kamu semua mendapat maklumat terkini berkaitan dengan program ini.
Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar intake 2/06/07 dan 3/06/07 yang berjaya meneruskan pengajian. Semester ini kamu semua akan belajar 3 subject baru. Ultrasound (En Abdullah) , Research Methodology (Pn Syarifah Izwan) dan Basic Health Psychology (Part timer - Pn Azlina). Bagi pelajar yang gagal subject semester lepas pastikan kamu mengulang subject tersebut ketika ditawarkan semester hadapan. Adalah menjadi tanggungjawap pelajar sendiri untuk check subject mana yang perlu diulang.
Bagi pelajar-pelajar intake July 1/07/08 selamat bercuti, manfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti2 yang berguna. Jangan lupa untuk mendaftar semester July akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment